Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

24 May 2017

aspirasidiri : Doa Persaraan




Teks Doa Persaraan
Disusun dan dibacakan oleh admin 
sempena majlis persaraanCg Zaimah
بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
الحمد لله رب العالمين ، حمدا يوافي نعامه ويكافئ مزيده ،
يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجحك وعظيم سلطانك
. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع الأهوال والأفات
، وتقضى لنا جميع الحاجات وتطهرنا بها من جمبع السيئات
وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع الخيرات في الحياة وبعد الممات
. سبحانك لا نحصي ثناء عليك كما أثنيت على نفسك
، فلك الحمد حتى ترضى ولك الحمد إذا رضيت ولك الحمد بعد الرضى .
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد فى الأولين ، وصل وسلم على سيدنا محمد فى الأخرين
، وصل وسلم على سيدنا محمد فى الملاء الأعلى إلى يوم الدين ،
وصل وسلم على سيدنا محمد حتى ترث الأرض ومن عليها وأنت خير الوارثين.
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
يا الرحمن يا عزيز يا الغفر
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada .......................yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang ................ Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.
Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah
اللهم يمنز الرحمه ويالفاتح البراكه
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang perkhidmatannya. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan organisasi. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong dan contoh untuk kami .
Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat
اللهم ياعليم و يقاضياالحجت
Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


22 May 2017

aspirasidiri : Jangan Hampiri Zina

PAPARAN visual dan fizikal kesan jangkitan HIV dan Aids melalui media sosial ialah medium terbaik untuk menyedarkan masyarakat terutamanya golongan muda dalam usaha menjalankan kempen kesedaran penyakit merbahaya ini.
Pakar sosial yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran menggesa agar badan berwajib yang menjalankan kempen kesedaran HIV dan Aids tidak malu mendedahkan kebenaran.
Menurutnya, dalam konteks penyakit bahaya ini mereka sekadar mendedahkan jangkitan berpunca daripada perkongsian jarum dadah sedangkan faktor utama ialah transmisi seksual sama ada heteroseksual atau homoseksual.
“Dedahkan kepada masyarakat, penyebaran penyakit ini melalui hubungan seks, jika hanya diceritakan secara dasar mereka tidak faham. Paparkan secara terperinci bagaimana hubungan seks rambang dan hubungan sejenis dapat memindahkan virus ini kepada pasangannya. Sebaiknya, kongsi kaedah, langkah pencegahan dan kesan jangkitan ini di media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter dan medium lain.
“Selari peredaran teknologi, umum maklum golongan muda kurang gemar membaca bahan cetakan seperti risalah, surat khabar, buku yang mendedahkan bahana HIV dan Aids, jadi maklumat itu tidak sampai kepada golongan sasaran,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau menyarankan agar kempen kesedaran di media sosial berkongsi maklumat secara visual dengan memaparkan contoh fizikal dan impak masa depan kesan  hubungan seks rambang dan homoseksual agar masyarakat mendapat maklumat lengkap dan tepat.
[ARTIKEL BERKAITAN: AIDS, HIV golongan remaja semakin teruk?]
“Apabila melihat sendiri gambar dan bukti fizikal ini akan membuatkan kesedaran meningkat. Memandangkan masyarakat hari ini 24 jam membelek media sosial jadi ia merupakan medium terbaik memberi pendedahan dan kesedaran,” katanya.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai jalinan hubungan seks sejenis, Mohammad Shatar berkata, berdasarkan situasi biasanya seseorang lelaki hanya percayakan lelaki berdasarkan pengalaman silamnya dengan perempuan.
“Contohnya seorang lelaki pernah dikecewakan oleh seorang perempuan membuatkan dia trauma untuk mengenali perempuan lain. Susulan daripada kekecewaan itu dia mempunyai senarai panjang kriteria pasangan idaman kerana orang begini mencintai dengan penuh komitmen kerana harapannya sebelum ini tidak kesampaian.
“Sampai satu tahap, dia tidak percayakan sesiapa lagi terutamanya perempuan. Jadi hanya lelaki memahami lelaki kerana antara lelaki dan perempuan tidak akan faham sampai kiamat jika tiada toleransi dan tolak ansur. Apabila situasi ini berlaku, individu itu akan lebih selesa bergaul sesama jantina. Keakraban yang terjalin itu sehinggakan beranggapan tiada jurang pemisah antara mereka dan hal ini terjadi kepada sesetengah lelaki dan wanita,” katanya.
Bukan itu sahaja, Mohammad Shatar juga mengupas isu lelaki lembut dan sopan santun yang digelar pondan atau mak nyah. Golongan minoriti ini sering dihakimi masyarakat menyebabkan mereka tersisih dan berada dalam kelompok yang sama.
“Keadaan pengasingan ini tidak sepatutnya wujud, mereka perlukan sokongan dan penerimaan masyarakat. Beri mereka tunjuk ajar dan peluang untuk berubah,”katanya.







17 May 2017

aspirasidiri : Selamat Hari Guru


SEMPENA Hari Guru ini, rasanya yang paling layak menerima ucapan penghargaan adalah baginda Nabi Muhammad SAW. Dia adalah guru kepada semua guru kita. Baginda bukan sahaja mengajar, tetapi mendidik dan membimbing. Baginda bukan sahaja menunjuk jalan, tetapi memimpin kita ke jalan itu. Baginda bukan sahaja memberi amaran dari terjebak kepada jalan binasa, tetapi turut mengorbankan dirinya semata-mata menghalang kita dari terjerumus.
Firman Allah SWT:
ويعلمهم الكتاب والحكمة
Dialah Rasul yang mengajarkan kamu al-Kitab san segala kebijaksanaan.
[Al-Jumuah:2]
Sabda Rasulullah SAW:
إنما بعثت معلما
Sesungguhnya aku diutus sebagai guru
[HR Ibn Majah]
Kata Saidina Muawiyah RA:
ما رأيت معلما قبله ولا بعده أحسن تعليما منه
Aku tak pernah lihat seorang guru yang lebih baik cara didikannya selain dari Rasulullah SAW.
[Riwayat Muslim]
Dr Abdul Fattah Abu Ghudah menulis sebuah buku bertajuk الرسول المعلم (Rasul Pendidik). Di dalamnya beliau gariskan 40 cara didikan baginda SAW. Saya sebutkan secara ringkas di bawah. Anggaplah ia sebagai hadiah buat semua yang bergelar guru.
Sesungguhnya Rasulullah SAW itu:
1.  Mendidik dengan akhlak bukan setakat lisan.
2. Mendidik secara berperingkat.
3. Sederhana, mengambil kira masa agar tidak bosa.
4. Meraikan kepelbagaian tahap kemampuan murid.
5. Mendidik melalui dua hala.
6. Mendidik dengan perbahasan dan mengajak akal berfikir.
7. Menguji minda dan pengetahuan murid.
8. Mendidik dengan berkias dan berbidalan.
9. Mendidik dengan mendatangkan contoh.
10. Mendidik dengan lakaran visual.
11. Menggabungkan antara lisan dan body language.
12. Mengangkat tangan bagi menggambarkan keseriusan sesuatu.
13. Mendidik setiap masa yang sesuai tanpa ditanya terlebih dahulu.
14. Sentiasa menjawab soalan.
15. Menjawab lebih dari yang ditanya.
16. Kadang-kadang menjawab lain dari soalan.
17. Menjawab soalan dengan soalan.
18. Memberi peluang sahabat lain menjawab.
19. Memberi pujian kepada yang jawab betul.
20. Mendidik dengan berdiam diri.
21. Memberi pengajaran bertepatan dengan peristiwa dan situasi yang berlaku.
22. Mendidik dengan lawak jenaka.
23. Menyokong ilmu yang diberi dengan bersumpah.
24. Mengulang sehingga tiga kali.
25. Mengubah-ubah kedudukan semasa mengajar.
26. Menarik perhatian dengan kata-kata seru sebelum menyampaikan isi.
27. Memegang tangan murid.
28. Meninggalkan persoalan sementara membuatkan sahabat tertanya-tanya.
29. Memulakan dengan gambaran kasar, kemudian baru menghuraikan.
30. Menyebutkan jumlah sesuatu dahulu baru disebut satu persatu.
31. Sentiasa beri pesanan dan peringatan.
32. Menggunakan cara memberi semangat atau menakut-nakutkan.
33. Suka bercerita kisah-kisah.
34. Menyampaikan mukaddimah sebelum mengajar perkara-perkara aurat/aib.
35. Berbahasa lapik dalam perkara-perkara dalam melibatkan aurat/aib.
36. Mementingkan pendidikan terhadap kaum hawa.
37. Menyampaikan dengan penuh perasaan/emosi.
38. Mementingkan penulisan sebagai wasilah penyebaran ilmu.
39. Menyuruh sahabat belajar bahasa lain.
40. Menjadikan dirinya sebagai role model setiap yang disampaikan.
Kalau orang selalu datangkan pepatah:
لو لا مربي ما عرفت ربي
"Tanpa guru tidakkan ku kenal rabb-ku."
Hari ini saya ingin sampaikan satu lagi pepatah
لو لا نبينا ما وجدنا مربينا
"Tanpa Nabi kita, tiadalah guru kita."
SELAMAT HARI GURU, NABIKU DAN SEMUA GURUKU..
..اللهم صل على نبينا ومربينا محمد وبارك عليه وسلم..
(Alang Ibn Shukrimun)

05 May 2017

aspirasidiri : Fakta Statistik Kesalahan Jenayah (Rogol) KDN


Lebih 600 juvana terlibat dalam kesalahan rogol setiap tahun, demikian menurut statistik jenayah yang disediakan oleh Kementerian Dalam  Negeri.
Menurut statistik itu, 751 juvana terlibat dalam kesalahan rogol pada tahun 2014; 674 pada 2015 dan 691 pada 2016.
Data itu dipecahkan kepada empat kumpulan umur, iaitu mereka yang berumur antara tujuh hingga 10 tahun, 11 hingga 12 tahun, 13 hingga 15 tahun dan 16 hingga 18 tahun.
Pada tahun 2014, 588 daripada mereka yang disyaki melakukan kesalahan rogol berumur 16 hingga 18 tahun, 160 berumur 13 hingga 15 tahun dan tiga yang berumur 11 hingga 12 tahun.
Pada tahun 2015, sebanyak 525 daripada mereka yang disyaki melakukan kesalahan rogol, berumur 16 hingga 18 tahun, 144 berumur 13 hingga 15 tahun, empat berumur 11 hingga 12 tahun dan seorang yang berumur tujuh ke 10 tahun.
Tahun lepas, mereka yang berusia 16 hingga 18 tahun terlibat dalam rogol berjumlah 540 orang, diikuti dengan 142 untuk mereka yang berusia 13 hingga 15 tahun, tujuh untuk mereka yang berusia 11 hingga 12 tahun dan dua yang berumur tujuh hingga 10 tahun.
Data tersebut tidak menyatakan secara khusus sama ada kesalahan rogol termasuk rogol berkanun.
Statistik itu disediakan dalam jawapan bertulis Parlimen dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah mengenai penglibatan kanak-kanak dalam jenayah.
Secara keseluruhan, 2,907 juvana terlibat dalam jenayah ganas, termasuk rogol, pada tahun 2014, diikuti 2529 pada tahun 2015 dan 2,526 kes pada 2016.

19 April 2017

aspirasidiri : Guru Yang Disenangi Pelajar

SUMBER SH

PELAJAR suka pada guru yang mudah tersenyum. Lebih menyenangkan lagi jika senyuman guru itu diselangi dengan sapaan 'Awak apa khabar?'; 'Sakit perut dah ok?'; 'Kalau ada masalah, boleh datang jumpa cikgu'; 'Mak ayah sihat ke? Lama cikgu tak jumpa diorang'.
Guru yang sering bertanya khabar dan suka berbual-bual dengan pelajar dikatakan menjadi kesayangan murid dan pelajar. Ia akan menjadi 'guru favourite' sekiranya guru itu tepati masa, komited dengan tugas, kecindan (suka berjenaka), kurang membebel, ajar sampai faham, ambil berat dan sebagainya.
Pakar Motivasi, Jumat Mat Salleh berkata, bukan mudah untuk memenangi hati pelajar dan bukan sesuatu yang sukar untuk membuatkan mereka suka pada kita.
"Saya melihat, seorang guru itu bukan sahaja perlu mempersiapkan diri dari segi faktor luaran seperti penampilan diri, berkelakuan sopan dan menjaga tingkah laku sahaja, sebaliknya guru juga perlu mempelajari pedagogi alaf baru yang sesuai dengan keperluan pelajar masa kini," katanya.
Merupakan Pengarah Eksekutif Richmind Legacy Sdn Bhd, Jumat atau lebih dikenali Cikgu Jumat berkata, warga guru perlu 'buang' beberapa sikap yang menyebabkan mereka tidak disukai pelajar.
"Kikis sikap 'moody' anda, jangan membebel, suka merajuk, malas mengajar, penting diri, selekeh, tak masuk kelas dan macam-macam ciri buruk lain. Jika anda masih kekalkan sikap sebegini, pelajar tidak dapat rasai keseronokan belajar dalam kelas," jelasnya.
Cikgu Jumat berkongsi lima tip untuk menjadi guru disukai pelajar di sekolah...

Tip 1 : Kenal pasti jenis pelajar

Sebagai seorang guru, kita seharusnya mengenal pasti jenis pelajar yang terdapat dalam kelas kita. Kita perlu mengenali mereka agar mudah merancang pedagogi pengajaran dalam kelas. Di samping itu, ia membantu guru untuk lebih dekat dan memahami tingkah laku pelajar dalam kelas. Bagaimana caranya?
Saya kongsikan anda dengan satu cara yang mudah untuk mengenal jenis pelajar menggunakan ‘Personaliti VAK’.
Bagaimana yang dimaksudkan dengan personaliti VAK? Seorang guru tidak perlu meminta pelajar untuk mengisi borang ujian personaliti, cuma melalui pemerhatian anda dalam kelas sahaja.
(V) merupakan kategori pelajar VISUAL
(A) merupakan kategori pelajar AUDITORI
(K) merupakan kategori pelajar KINESTETIK
Pelajar kategori VISUAL (V) ini adalah pelajar yang mudah tertarik dengan perkara yang mampu dilihat misalnya bergambar, berwarna dan paparan video. Ciri-ciri pelajar ini seperti memakai pakaian dengan kemas, selalu ingin kelihatan cantik, sering menggunakan perkataan “Saya Nampak, Saya Tengok, Saya Perhati”, dan suka perhatian.
Manakala, pelajar kategori AUDITORI (A) ini adalah pelajar sangat sensitif dengan bunyi. Lazimnya merupakan pelajar pendiam dan pemalu. Ciri-ciri pelajar ini seperti seorang yang tak banyak cakap, fokus ketika cikgu sedang mengajar dan selalu menggunakan perkataan “Saya dengar”.
Pelajar kategori KINESTETIK (K) pula merupakan pelajar paling aktif dalam kelas, dan kebiasaannya sukar duduk di satu tempat sahaja. Ciri-ciri pelajar ini seperti seorang yang suka menggerak-gerakkan kaki, suka bermain dengan pen dan suka menggunakan perkataan “Saya rasa, saya suka”.
Setiap pelajar mempunyai ketiga-tiga kategori di atas, namun pasti ada kategori yang lebih dominan dan mampu anda kenal pasti berdasarkan ciri-ciri yang saya jelaskan di atas.
Dengan mengenal pasti jenis pelajar, ia memudahkan cikgu untuk tackle atau menarik minat mereka berdasarkan cara pendekatan sesuai mengikut jenis pelajar. Pengaruh anda sebagai guru akan lebih terserlah apabila mampu menarik minat kesemua pelajar itu nanti.

Tip 2 : Guna alat bantu mengajar sesuai

Zaman persekolahan zaman dahulu berbeza dengan masa kini. Zaman dulu, guru hanya baca buku dan pelajar salin semula apa yang guru baca, dalam erti kata lain guru tidak menggunakan alat bantu mengajar selain buku teks.
Namun hari ini, zaman pemodenan telah menghakis minat pelajar untuk belajar kerana belajar tidak seseronok bermain video games atau menonton televisyen dan melayari Internet.
Justeru, guru harus berusaha keras mengajar secara kreatif, misalnya membawa alat bantu mengajar sesuai ketika sesi pembelajaran dalam kelas bagi menarik minat mereka.
Pada tip pertama tadi saya telah menjelaskan bagaimana mengenal pasti jenis pelajar anda. Ini akan memudahkan kerja anda sebagai guru dengan memilih alat bantu mengajar yang sesuai mengikut jenis pelajar masing-masing.
Pelajar VISUAL (V), alat bantu yang sesuai adalah sesuatu yang boleh dilihat misalnya kadbod bergambar, tayangan video dan pembelajaran di luar kelas.
Manakala pelajar AUDITORI (A) lebih tertarik kepada muzik latar yang boleh dimainkan untuk menarik minat mereka. Namun perlu  berhati-hati kerana pelajar ini tidak suka suasana yang terlalu bising.
Seterusnya, pelajar KINESTETIK (K), pelajar jenis ini sukakan pergerakan jadi anda kena berikan tugasan kepada mereka agar mereka sendiri yang selesaikan misalnya minta pelajar lukiskan, lakarkan, bentuk kumpulan, membuat pembentangan atau membina menara.
Alat-alat bantu ini sangat sesuai untuk meningkatkan pengaruh anda kerana ia memang menarik minat pelajar untuk mendalami apa yang mereka belajar. Pedagogi ini sangat sesuai dengan sistem pembelajaran abad ke-21 (Teacher Centered to Student Centered Learning).
Namun, ini bukan bermakna anda kena buat semua perkara di atas setiap kali mengajar. Saya cadangkan, sebaik-baiknya sebulan sekali mesti ada aktiviti yang menarik minat pelajar dengan alat bantuan mengajar tadi.

Tip 3 : Masukkan elemen mengajar yang unik

Pelajar mempunyai satu sifat umum iaitu sukakan perkara yang baru. Justeru itu, setiap guru haruslah sentiasa cuba membawa benda-benda baru yang unik dalam sesi pembelajaran.
Saya berikan contoh, mungkin kalau anda ingin mengajar tentang sejarah Hang Tuah di Melaka, maka mungkin anda boleh berpakaian seperti seorang pendekar yang lengkap dengan tengkolok ataupun replika keris.
Jika anda hendak mengajar tentang Sains, mungkin anda boleh bawa kiub ais dalam bekas untuk pelajar rasai, dan perhatikan bagaimana ais tersebut boleh mencair (Learning Experience).
Dalam erti kata lain, jangan mengajar hanya bergantung kepada satu sumber sahaja iaitu buku teks, kerana apa yang ada dalam buku teks adalah sesuatu yang pegun, tak boleh dilihat atau dirasai.
Dengan adanya elemen-elemen unik yang guru masukkan dalam kelas, pasti akan lebih menarik minat pelajar untuk sentiasa ternanti-nantikan kelas akan datang kerana mereka akan tertunggu-tunggu keunikan yang bakal anda bawa. Pada ketika itu,  sebenarnya rasa suka pelajar terhadap guru sudah berada pada tahap yang cukup tinggi.
Jadi guru yang disukai
Variasi sikap guru menjadikan sekolah itu 'cantik', harmoni  

Tip 4: Komunikasi Dua Hala

Ilmu komunikasi adalah salah satu elemen penting untuk menjadi guru yang disukai pelajar. Komunikasi tidak terbatas kepada apa yang kita tuturkan sahaja, ia termasuklah cara berpakaian, tingkah laku atau bahasa badan, eye contact, lantunan suara, bahasa isyarat dan kesediaan kita mendengar.
Sebab itu seorang guru yang mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi sangat digemari pelajar, kerana mereka selesa berinteraksi dengan guru tersebut.

Tip 5 : Berhenti saat mereka ingin tahu

Apabila pelajar tidak minat dengan subjek yang mereka belajar, mereka sering lewat masuk kelas, selalu nak ke tandas dan tidur dalam kelas. Jadi, jika anda mahu mereka sentiasa datang awal ke kelas, anda perlu masukkan tip kelima ini. Berhenti saat mereka ingin tahu.
Misalnya lima minit terakhir ketika anda mengajar, masukkan sedikit previu topik yang anda ingin ajar di kelas akan datang.  Jadi, selepas anda ceritakan sedikit mukadimah yang menarik minat mereka, sila berhenti saat itu. Katakan kepada mereka, 'kalau nak tahu apa yang berlaku dan apakah proses seterusnya, datang awal ke kelas akan datang'.
Kaedah ini sangat berkesan untuk melatih pelajar agar terus bersemangat datang kelas pada awal waktu sebab anda tinggalkan mereka dengan persoalan. Ini kerana, secara semula jadinya pelajar mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.
Konklusinya, seorang guru yang komited dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa pasti berusaha agar disukai pelajar. Ia bukanlah untuk meraih populariti mahupun didorong oleh dasar lain, melainkan hendak melihat generasi ini menjadi insan cerdik pandai dan bersahsiah murni.

'Cikgu jangan garang'

Sisipan GPSBestari.com berpeluang menemu bual pelajar tingkatan 6 dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Selangor, Muhammad Syukri Abdullah, 18, mengenai topik kali ini.
Muhammad Syukri berkata, guru-guru Malaysia perlu sporting dan bijak mengendalikan kelas ketika pembelajaran berlangsung.
"Kalau cikgu bijak kawal kelas, student nak belajar pun semangat. Ini tidak...asyik-asyik masuk kelas nak marah, denda itu, denda ini, boringlah.
"Lagi satu, penampilan seorang guru juga penting. Bila tengok baju cikgu cantik, beg tangan dan kasut pun cantik...barulah sedap mata memandang. Belajar best, pelajar pun senang hati," ujarnya.
Untuk bakal guru, Muhammad Syukri mengharapkan mereka membuat persediaan terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pembelajaran.
"Ada juga cikgu yang masuk kelas, minta student buka buku teks, lepas itu salin apa yang cikgu cakap. Cara ini dah ketinggalan zaman dan agak membosankan. Saya rasa cikgu dan bakal cikgu kena kreatif dan cari 'sesuatu' untuk ceriakan kelas. Barulah best," katanya yang cukup mengagumi Cikgu Nor Hidayah Lukman yang dianggap guru sporting, kelakar dan terbaik pernah ditemui.       
Sementara itu, Cikgu Nor Hidayah ketika ditemui berkata, dia memang seorang guru yang suka buat lawak. Lawaknya bukan lawak 'bodoh' tetapi lawak yang ada isi.
"Pelajar sekarang dah lain. Mereka dah semakin bijak dalam segala aspek. Sebab itu setiap guru perlu selalu berinovasi dan kreatif dalam menarik minat pelajar untuk belajar.
"Jika cikgu blur, jangan malu untuk tuntut ilmu dengan yang senior. Sedia untuk terima teguran dan bersedia untuk berubah, insya-ALLAH cikgu itu akan disegani ramai," katanya.
Mengajar subjek Bahasa Melayu, Cikgu Nor Hidayah berkata, memang pelajar lebih suka dan sayang kepada cikgu yang sporting, baik, peramah dan mudah senyum. Namun, dalam sesebuah sekolah, karakter seorang guru perlu pelbagai.        
"Dalam satu sekolah, tak boleh semua guru sporting. Kena ada guru bersifat keibuan, tegas, garang, lemah-lembut dan sebagainya. Variasi ini tentunya akan menjadikan sebuah sekolah itu 'cantik', cemerlang dan harmoni," jelasnya.

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri